Jumlah Pengunjung

Thursday 19 September 2013

PEMIMPIN PAS DI CABAR TANYA DAP TENTANG ISU 500 SURAT !!!



Kepemimpinan tertinggi Pas dicabar agar bertanya kepada DAP berhubung hal ehwal dalaman parti cauvinis Cina itu termasuk isu penyerahan 500 surat salinan asal yang ditandatangani para perwakilan DAP.
 
Aktivis Pas, Mohd. Hadi Kamarudin berkata, tindakan itu penting memandangkan DAP sering mencampuri hal ehwal dalaman Pas sehingga mempertikaikan keputusan parti tersebut berhubung penggunaan kalimah Allah.

Sehubungan itu menurut beliau, Pas kini perlu menyemak semula tahaluf siyasi bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang disyorkan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib.

"Perkara ini perlu selepas Pas kehilangan Kedah dalam pilihan raya umum baru-baru ini gara-gara kehilangan sokongan orang Melayu yang menolak tindakan Pas mengabaikan mereka.

"Mereka sedar bahawa Pas yang dipimpin kumpulan tersebut telah lari daripada pegangan parti dalam pelbagai isu terutama dalam pendirian penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam," katanya.

Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar, Kedah pada Sabtu lalu mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula.

Semakan semula itu disaran dilakukan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatan Kuasa Pas Pusat menerusi kuasa yang ada pada mereka.
Mengulas lanjut, Mohd. Hadi berkata, beliau percaya ramai ahli Pas di akar umbi sepertinya sedar dengan kemudaratan kerjasama dalam pakatan pembangkang tetapi terdapat kalangan kepemimpinan tertinggi parti yang terus 'bersetuju' dengan pemimpin DAP dan PKR.

Beliau juga mempersoalkan penglibatan parti berlabel Islam tersebut dalam pakatan pembangkang, adakah sebagai sebuah persahabatan, kerjasama atau persekongkolan dengan DAP dan PKR.

"Kami ahli akar umbi tidak mahu bersekongkol dengan kaki-kaki penipu dalam Pas ini kerana kami sedar bahawa persekongkolan ini membawa lebih banyak kerugian daripada manfaat," katanya.





No comments:

Post a Comment

Member BSK