Jumlah Pengunjung

Thursday, 19 September 2013

PANAS... SELEPAS KALIMAH ALLAH, KANDUNGAN KHUTBAH JUMAAT PULA CUBA DI GANGGU !!!



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menempelak tindakan setengah pihak terutama orang bukan Islam yang membidas kandungan khutbah Jumaat disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri pada 6 September lalu sebagai usaha mewujudkan kebencian agama yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
 
Beliau berkata, pertuduhan mengatakan tindakan Jakim menggelar mereka yang bertegas menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada tuhan mereka sebagai 'musuh Islam' dalam khutbah itu tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana badan penguatkuasa Islam itu menjalankan tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam.


"Khutbah tidak wajar dijadikan polemik sebab Jakim menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga hal ehwal berkaitan Islam di Malaysia.
"Malah perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Perkara 3 Islam Agama Persekutuan serta Jadual 9 Perlembagaan Negara bahawa Islam harus dipelihara dan urusan menjaga hal ehwal Islam perlu dilaksanakan di setiap negeri. Sejak bila pula orang luar mencampuri urusan khutbah yang dikeluarkan Jakim?" katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis konvokesyen Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kali kedua di sini hari ini.
Jamil Khir mengulas seorang pemimpin Pas yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), Rev Dr. Eu Hong Seng yang membidas Jakim sebagai keterlaluan mempertahankan nama Allah daripada dipakai oleh bukan Islam di negara ini.

Menerusi kenyataan dipetik dalam The Malaysian Insider baru-baru ini, Khalid menganggap langkah Jakim itu tidak bertanggungjawab kerana cuba mengapi-apikan sentimen benci kepada penganut Kristian, manakala Hong Seng pula mendakwa fakta khutbah Jumaat Jakim iaitu tuduhan dilemparkan mengenai apa yang dipanggil plot Kristian itu tidak mengikut fakta sebenar sebaliknya mengikut emosi.



No comments:

Post a comment

Member BSK