Tindakan sekumpulan penyokong Johor Darul Takzim yang mencipta lagu
Ku Yakin Mat Yo Tak Salah dan dimuat naik di YouTube nyata mengundang
komen negatif daripada pengunjung laman sesawang video itu.
Rakaman video berdurasi 57 saat yang memaparkan pemain bola sepak
pasukan itu, Norshahrul Idlan Talaha dikelilingi sekumpulan penyokong
skuad Harimau Selatan sambil menyanyikan lagu tersebut dimuat naik
semalam.
Video itu dipercayai dirakam selepas Norshahrul atau lebih dikenali
sebagai Mat Yo selesai menjalani latihan di Padang Seri Gelam, di sini
dan turut memaparkan pemain berkenaan mengambil gambar bersama
kumpulan penyokong terlibat.
Bait-bait lagu tersebut antaranya berbunyi "ku yakin Mat Yo tak
salah, kami selalu berada di sini, di sini kami ada untukmu, ku yakin
Mat Yo tak salah" sememangnya tidak mendapat sokongan daripada mereka
yang menonton video itu.
Mat Yo dan isterinya, Siti Aisya Adam mendapat perhatian umum sejak
beberapa hari lalu ekoran rakaman video berdurasi 54 saat memaparkan
seorang wanita dipercayai Siti Aisya mencerca seorang pengawal
keselamatan, Azman Md. Nayan, 49, dimuat naik di laman YouTube.
No comments:
Post a Comment