Jumlah Pengunjung

Wednesday 11 September 2013

WALK FOR MALAYSIA AKAN BERGEGAR DI TERENGGANU !!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan program Walk For Malaysia (Walk4Malaysia) pada Jumaat ini di pejabatnya di Putrajaya.

Najib akan menyerahkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Terengganu kepada 120 peserta yang akan mengambil bahagian dalam program 13 hari berjalan kaki dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya bermula 22 Sept ini anjuran kerajaan negeri Terengganu.

Pengerusi Induk program itu, Roshali Taha berkata, program itu bertujuan menunjukkan sokongan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Antara peserta yang akan mengambil bahagian ialah kakitangan Yayasan Islam Terengganu (YIT) Cawangan Besut Mohd Noor Mat, 47, yang akan menunaikan nazar untuk berjalan dari Kuala Besut ke Putrajaya atas kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai lalu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

"Peserta akan berjalan kaki sejauh 600 kilometer bermula di Dataran Kuala Besut, Besut selama lapan jam sehari bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang, dan akan berhenti di 13 destinasi yang telah ditetapkan sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya sehingga tiba di destinasi terakhir iaitu di Putrajaya," katanya. - BERNAMA








No comments:

Post a Comment

Member BSK