Jumlah Pengunjung

Sunday, 29 September 2013

ASTRO NAK CEKIK DARAH PELANGGAN SETIA LAGI !!!



Rangkaian televisyen Astro kini telah melancarkan saluran baru berjudul A-List (saluran 456) yang menyiarkan filem-filem alternatif yang mendapat pengiktirafan oleh festival-festival filem antarabangsa di serata dunia.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, permintaan masyarakat Malaysia untuk menonton filem-filem berbentuk indie atau alternatif dari seluruh dunia kian meningkat dan saluran A-List bertujuan memenuhi permintaan tersebut.

"Selain daripada filem-filem arus perdana keluaran Hollywood, masih terdapat banyak lagi filem berkualiti lain yang menekankan aspek seni dan budaya dan melalui saluran baru ini, peminat filem sedemikian berpeluang untuk menontonnya," katanya.

Bermula Oktober ini, saluran A-List akan menyiarkan sebanyak lapan buah filem dalam bahasa asal mereka berserta pilihan sarikata bersesuaian dengan kehendak penonton Malaysia.



No comments:

Post a comment

Member BSK