Jumlah Pengunjung

Thursday 19 September 2013

TAILONG MAN SAMSENG TAIK KUCING SUDAH KECUT TELOR !!!



Polis menubuhkan sebuah pasukan khas bagi mengesan pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Tailong Man' yang didakwa melakukan ugutan terhadap pasukan itu pada Jumaat lalu.
 
Pasukan khas itu ditubuhkan untuk menyiasat secara lebih teliti bagi mengenal pasti pemilik akaun tersebut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, pasukan itu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Siber Sekuriti untuk membantu mengesan pemilik akaun laman sosial berkenaan.

Beliau berkata, siasatan polis terhadap laman sosial 'Tailong Man' itu menemukan gambar dua lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan.
"Polis sedang mengesan dua lelaki dalam akaun Facebook tersebut bagi membantu siasatan.

"Kita minta dua lelaki yang dipaparkan gambarnya dalam akaun itu atau mana-mana individu yang mengenali kedua-dua mereka supaya tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang akbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini.

Status ugutan di laman sosial tersebut dipercayai dikemas kini pemiliknya untuk membalas dendam setelah polis menembak mati dua ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, sehari sebelum itu.

Sementara itu menurut Raja Shahrom, selain menemukan gambar dua lelaki dalam akaun Facebook berkenaan, pihaknya turut mengesan beberapa gambar senjata api, dadah, pedang samurai serta lambang-lambang kumpulan kongsi gelap.

"Pemilik akaun yang meletakkan status pekerjaan sebagai pembunuh upahan itu juga mendakwa dua ahli kongsi gelap yang ditembak mati polis dalam satu kejadian di Cheng di sini Khamis adalah rakan niaga berkaitan dadah," katanya.

pssttt....  Apa Lu  ingat Polis Malaysia ni bodoh macam budak-budak lu ke ? Polis Malaysia di iktiraf no 1 pasukan polis yang terbaik di dunia... Lu punya kongsi gelap pulak terbaik di dunia jugak ker...???

Raja Shahrom Raja Abdullah (kanan) menunjukkkan gambar dua lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan bagi mengesan Tailong Man sementara timbalannya, Supritendan P. R. Gunarajan menunjukkan lambang-lambang pertubuhan haram, pada sidang akhbar di IPK Melaka di Bukit Beruang, semalam.



No comments:

Post a Comment

Member BSK