Jumlah Pengunjung

Thursday, 26 September 2013

SURAT RASMI KEKOSONGAN KERUSI ARWAH TAN SRI AZIZAN AKAN SERAHKAN !!!



Surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak hari ini akan diserahkan secepat mungkin.
 
Speaker DUN Kedah, Datuk Md. Rozai Shafian, surat pemakluman itu akan dihantar kepada SPR Kedah sejurus pihaknya menerima surat pengesahan kematian daripada keluarga Allahyarham yang juga bekas Menteri Besar Kedah.

Kata Rozai, pihaknya mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham dan melahirkan simpati di atas kematiannya.

''Notis kekosongan akan diserahkan secepat mungkin sebaik sahaja surat pengesahan kematian diterima daripada keluarga Allahyarham kepada pejabat SPR negeri.

''Kemudian terserah kepada SPR untuk bermesyuarat dan menetapkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) kawasan berkenaan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 21 Ogos lepas, Azizan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Rozai sebagai ADUN Sungai Limau di Hospital Sultanah Bahiyah ekoran masalah kesihatannya.

Allahyarham memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu dengan majoriti 2,774 undi menerusi pertandingan empat penjuru.

Bersama kita berikan Al-Fatihah kepadanya...



No comments:

Post a comment

Member BSK