Jumlah Pengunjung

Wednesday 25 September 2013

BANGSA MELAYU MAKIN BENCI DENGAN PAS !!!



Pas akan terus dihukum pengundi Melayu pada pilihan raya umum akan datang jika pemimpinnya berterusan tunduk kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menolak cadangan agar tahaluf siyasi antara parti berkenaan dikaji semula.

Ahli Pas Cawangan Taman Aman, Anak Bukit, Kedah, Mohd. Najib Ibrahim berkata, cadangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib agar tahaluf siyasi dikaji semula sememangnya mewakili suara majoriti ahli akar umbi dan harus diberi perhatian serius pucuk pimpinan.

Katanya, tindakan beberapa pemimpin tertinggi Pas mengkritik cadangan Dewan Ulama adalah sesuatu yang pelik kerana rakyat sudah memberi mesej yang jelas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bahawa mereka menolak Pas kerana tahaluf siyasi itu dilihat banyak merugikan Islam.

"Cadangan Dewan Ulama ini mewakili suara majoriti akar umbi tetapi mengapa pemimpin tertinggi parti bermasalah dengan cadangan ini? Mengapa pemimpin lebih mengutamakan perasaan DAP dan PKR berbanding ahli Pas sendiri? Ingatlah Pas ini kuat kerana ahli.

"Kita lihat akibat tahaluf siyasi, dalam soal kalimah Allah pun pemimpin Pas boleh berbeza pendapat sedangkan kalimah Allah adalah soal akidah yang wajib dipertahankan, tetapi ada pemimpin tertentu dalam Pas sanggup berpolitik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Harun agar tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang dikaji semula hasil resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar pada 14 September lalu.

Bagaimanapun, cadangan itu ditentang golongan profesional dalam Pas dan antara paling lantang mengkritik Harun ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan Ketua Dewan Ulama itu kurang bijak kerana membuat kenyataan secara terbuka.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Najib berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding keuntungan kepada parti, orang Melayu mahu pun agama Islam sehingga mengecewakan majoriti ahli.

Katanya, Pas sepatutnya mengambil iktibar daripada penjelasan bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor yang menyifatkan kepimpinan parti itu hanya melihat penyertaan orang Melayu sebagai 'ahli 50 sen' yang tidak mendatangkan kepentingan kepada DAP.

Menurutnya, DAP hanya mahu mempergunakan orang Melayu dan jika Pas masih khayal dengan tahaluf siyasi sehingga menolak mentah-mentah pandangan Dewan Ulama, parti itu tidak akan mampu meraih kembali sokongan pengundi Melayu.

"Selaku ahli akar umbi saya lebih selesa berterus terang kepada pucuk pimpinan iaitu kami mahu Pas keluar daripada pakatan kerana sudah terbukti pihak yang mendapat untung ialah DAP dan lebih malang isu-isu akidah juga sanggup diperjudikan demi politik," katanya.












No comments:

Post a Comment

Member BSK