Jumlah Pengunjung

Friday 27 September 2013

BILA DAH MABUK DI BAWA DALAM PARLIMEN... NAYA LA KENA SOUND !!!



Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, M. Kulasegaran ditegur Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia apabila membuat dakwaan terdapat ahli politik UMNO mengaut keuntungan besar dengan membawa masuk 4,000 orang pekerja asing ke negara ini.

Beliau yang berterusan membuat dakwaan berkenaan ketika bangkit dalam soalan tambahan berhubung rasional langkah kerajaan membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh pada sesi soal jawab turut 'digasak' ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya mengemukakan nama ahli politik berkenaan.

Kulasegaran yang tidak menjawab asakan itu turut mendakwa terdapat pekerja Bangladesh diberikan kad pengenalan khas untuk mengundi dalam pilihan raya umum lalu walaupun siasatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati perkara itu satu pembohongan oleh kumpulan berkepentingan.

Berhubung dakwaan berkenaan, Pandikar Amin dengan tegas menyatakan apa yang dinyatakan Kulasegaran adalah satu tuduhan.

"Ini saya lihat satu kebiasaan, kadang-kadang membuat kenyataan sedemikian. Kalau ada bukti, namakan siapa (ahli politik UMNO tersebut). Sebagai Ahli Yang Berhormat, kita mesti bertanggungjawab dengan kenyataan itu, jangan timbulkan persepsi di luar sana," tegasnya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib bangun menempelak Kulasegaran supaya tidak terlalu berpolitik dan bertanggungjawab dengan mengemukakan bukti.
Terdahulu, beliau ketika menjawab soalan asal Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) berhubung kemasukan 1.4 juta pekerja Bangladesh berkata, perkara itu adalah tidak benar.

"Untuk makluman, berhubung isu itu, ia merujuk kepada jumlah pencari kerja Bangladesh yang telah berdaftar dengan kerajaan negara itu untuk bekerja di luar negara. Jumlah ini termasuk untuk mengisi 10,000 kekosongan dalam sub sektor perladangan sawit di Semenanjung Malaysia.

"Oleh itu, dakwaan 1.4 juta pekerja asing akan dibawa masuk adalah tidak benar. Dasar kemasukan pekerja dari Bangladesh pada masa ini berasaskan kepada memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Bangladesh yang ditandatangani tahun lalu. MoU menetapkan kemasukan itu hanya dibenarkan melalui mekanisme kerajaan dengan kerajaan," katanya.
Ismail berkata, pencari-pencari kerja itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan latihan induksi bagi memastikan hanya data calon yang berkelayakan dan menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan kerajaan sahaja disenarai pendek untuk dihantar ke negara ini.

"Sehingga 23 September lalu, sebanyak 8,703 senarai pekerja dihantar oleh kerajaan Bangladesh untuk ditapis Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen dan daripada jumlah itu, 2,288 orang ditapis PDRM dan 75 orang dikesan memiliki rekod jenayah.

"Sejumlah 10 syarikat perladangan memohon 13,000 pekerja Bangladesh melalui mekanisme ini tetapi hanya tiga syarikat telah diluluskan manakala yang lain ditolak kerana tidak mematuhi syarat penetapan gaji minimum, penyediaan rumah standard kepada pekerja dan mempunyai rekod pelanggaran pematuhan undang-undang," ujarnya.



No comments:

Post a Comment

Member BSK