Jumlah Pengunjung

Wednesday 18 September 2013

TANDA PUTERA TAYANG LIM KIT SIANG KENCING ATAS BENDERA SELANGOR !!!



Pelakon filem Tanda Putera, Faezah Elai menggesa masyarakat menonton filem itu terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan karya tersebut boleh menimbulkan kontroversi atau sebaliknya.

Faezah yang memegang watak sebagai Toh Puan Rahah, isteri kepada Tun Abdul Razak Hussein dalam filem itu berkata, mereka yang mendakwa kononnya Tanda Putera penuh dengan kontroversi termasuk rasis sebenarnya tidak menonton filem tersebut.

"Filem ini menjadi kontroversi kerana mereka belum lagi menontonnya, sedangkan tiada apa yang kontroversi dalam filem ini. Tontonlah terlebih dahulu sebelum membuat penilaian. Filem ini adalah kisah sejarah negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Tayangan Khas filem Tanda Putera Anjuran UMNO Bahagian Batu Gajah, di sini hari ini.
Tayangan khas filem Tanda Putera di TGV Cinemas AEON Station 18 di sini, yang ditaja Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd. Yusoff Kassim mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran hampir 900 penduduk sekitar Batu Gajah.

Yusoff menaja lima sesi tayangan filem tersebut untuk sepanjang hari yang kesemuanya dipenuhi penonton dan Faezah turut bersama-sama penonton sepanjang tayangan itu.

Menurut Faezah, adegan tragedi 13 Mei dalam filem itu yang menyebabkannya dilabel sebagai filem rasis hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan jalan cerita Tanda Putera.

"Tiada fakta yang diselewengkan dalam filem ini. Adegan tragedi 13 Mei cuma secebis daripada keseluruhan penceritaan.

"Tanda Putera adalah kisah erti perjuangan sebenar tokoh-tokoh negara terdahulu," katanya.


MOHD. Yusoff Kassim (dua dari kiri) bersama Faezah Elai (dua dari kanan) ketika mengadakan sidang akhbar sempena tayangan khas Tanda Putera anjuran UMNO Bahagian Batu Gajah di AEON Station 18, Ipoh, Perak, semalam.





2 comments:

  1. salam sahabat,

    blog sahabat telah saya pautkan,sudah lama saya pautkan blog sahabat

    ReplyDelete

Member BSK