Jumlah Pengunjung

Thursday 19 September 2013

TERBARU KES LIWAT... BONTOT ANWAR MAKIN PANAS !!!



Peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan pendakwa raya bagi kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan pihak pembelaan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh berpuas hati pelantikan beliau selaku pendakwa raya bagi mengendalikan rayuan itu adalah sah di sisi undang-undang.

Mahkamah menetapkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, didengar pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Pendaftar.
Peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan memberitahu pemberita di luar mahkamah sejurus selepas prosiding, pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.
Terdahulu, Hakim Ramly ketika membacakan keputusan itu menyatakan, pelantikan Muhammad Shafee telah dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 di bawah Kanun Keseksaan serta Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menyatakan, pelantikan itu sah kerana Seksyen 379 yang antara lain memberi kuasa kepada pendakwa raya melantik seorang peguam mengendalikan kes jenayah, masih merupakan undang-undang yang baik.
Mahkamah berpendapat, Seksyen 376(3) yang menyatakan pendakwa raya boleh melantik mereka yang layak sebagai timbalan pendakwa raya, perlu dibaca secara harmoni dengan Seksyen 378 kerana kedua-duanya konsisten di antara satu sama lain.

Seksyen 378 pula menyebut hanya pendakwa raya, timbalan pendakwa raya kanan atau timbalan pendakwa raya boleh bertindak dalam rayuan jenayah, bukan pihak lain.

Kuorum itu turut berpendapat, tiada bukti material yang mencukupi bagi menyokong hujahan peguam bela bahawa Muhammad Shafee merupakan saksi yang berpotensi dalam kes itu.

Hakim Ramly menyatakan, Muhammad Shafee memang pernah direkodkan keterangannya dan ditawarkan sebagai saksi pembelaan ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, mahkamah berpuas hati bahawa beliau tidak dipanggil sebagai saksi walaupun pernah ditawarkan sebagai saksi pembelaan. Perbicaraan pula selesai dan keputusan telah diumumkan.

Sehubungan itu, Hakim Ramly berkata, konflik kepentingan melibatkan Muhammad Shafee atas dakwaan melanggar Akta Profesion Guaman kerana bertindak selaku pendakwa raya dalam kes itu, tidak timbul.

Pada sebelah pagi, Karpal berhujah, Muhammad Shafee merupakan saksi material dalam kes liwat kerana beliau berada di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Mohd. Saiful Bukhari datang menemui Perdana Menteri (ketika itu Timbalan Perdana Menteri).

Sehubungan itu, Karpal menghujahkan, Muhammad Shafee seharusnya dilarang daripada mewakili pihak pendakwaan dalam rayuan itu kerana kehadirannya boleh menimbulkan persepsi yang tidak menyenangkan.

Karpal selanjutnya menghujahkan, Seksyen 379 tidak konsisten dengan Seksyen 378 yang telah dipinda berkuat kuasa pada 1 April 1998 yang jelas melarang pengamal undang-undang persendirian bertindak bagi pihak pendakwa raya dalam rayuan jenayah.

Sementara itu, Muhammad Shafee berhujah, Peguam Negara boleh melantik sesiapa yang layak dan sesuai selaku pendakwa raya asalkan mereka berkebolehan, tidak mengalami masalah disiplin dan tidak diisytiharkan muflis bagi mengelakkan konflik kepentingan.

Muhammad Shafee menyatakan, beliau tidak pernah dipanggil sebagai saksi walaupun keterangannya telah direkodkan dan pada peringkat ini, perbicaraan telah selesai dan tiada kemungkinan keterangan baharu dikemukakan.










No comments:

Post a Comment

Member BSK