Jumlah Pengunjung

Friday 20 September 2013

AWAS... LAWAN WEB AJAR BUAT SENJATA DI PANTAU POLIS !!!



Polis sedang memantau pembuatan senjata api bentuk plastik menerusi pencetak tiga dimensi 3D, yang boleh mengancam keselamatan umum.

Ia berikutan ada pihak tertentu di Amerika Syarikat (AS) menyediakan pelan induk pembuatan senjata api yang boleh dicetak melalui laman web dalam tempoh 15 hingga 30 minit mengikut spesifikasi. 
Pencetak 3D, iaitu alat pembuatan yang menjadikan fail imej 3 Dimensi atau pelan induk berkenaan sebagai input untuk diterjemahkan menjadi produk fizikal, diperbuat daripada bahan plastik. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya mengetahui kewujudan pencetak berkenaan yang boleh menghasilkan senjata api plastik dan teruji keberkesanannya.

“Senjata api yang terhasil boleh melepaskan tembakan secara manual, namun peluru tidak boleh dihasilkan semudah senjata api.

Urus niaga disiasat

“Tindakan yang boleh diambil polis secara berterusan ialah memantau urus niaga peluru di dalam dan luar negara. 
“Malah, mana-mana individu yang memiliki apa jua bentuk senjata secara haram akan dikenakan tindakan tegas, ”katanya ketika dihubungi BH di sini semalam.

Khalid mengulas laman video You Tube yang memaparkan seorang lelaki Kanada berjaya melepaskan 14 tembakan dari senapang yang dihasilkan melalui pencetak 3D. 

Video itu turut mendedahkan dakwat atau bahan yang digunakan membina objek bercetak itu diperbuat daripada acrylonitrile butadiene styrene (ABS), iaitu bahan plastik yang sama digunakan membuat mainan kanak-kanak dan mesin itu dijual beberapa syarikat di Malaysia pada harga sekitar RM4,000 hingga RM7,500 seunit.

Syor wujud sistem kawalan

Sementara itu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan, berkata beliau mencadangkan diwujudkan sistem kawalan atau lesen khas terhadap penggunaan mesin teknologi digital terkini dan dakwat pencetak yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.

Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Raffie Abd Rahman, berkata pihaknya sentiasa memantau video yang dimuat naik dalam talian dan mereka yang terbabit boleh disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988.







No comments:

Post a Comment

Member BSK