Jumlah Pengunjung
Saturday, 10 November 2012
ANWAR ALIH CERITA UNTUK SELAMATKAN ANAK PEREMPUAN CILAKANYA !!!
Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanding di kawasan Parlimen Marang di Terengganu pada pilihan raya umum akan datang adalah bersifat mengalih pandangan di atas isu panas yang dibuat oleh anaknya, Nurul Izzah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lontaran cabaran yang dibuat Anwar itu sewajarnya tidak perlu dilayan dan ia dibuat semata-mata sebagai satu perangkap politik
"Tawaran Anwar itu bersifat tawaran politik. Kalau begitu, beliau juga harus jugalah bertanding di Pekan. Kalau beliau berani.
"Saya fikir tidak perlulah gimik politik kerana sistem politik di Malaysia agak berbeza dan adalah lebih baik bertanding di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu 1Malaysia Bermotosikal di Kolej Universiti Bestari di Permaisuri dekat sini, hari ini.
Ahmad Zahid, yang merupakan penaung Superbike Association of Malaysia (SAM) mengetuai konvoi lebih 400 motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara dengan satu perjalanan yang bermula di Johor pada Rabu dan akan berakhir di Putrajaya, Sabtu ini.
Konvoi tersebut yang dianjurkan SAM dan Media Prima bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana mempunyai bilangan yang paling ramai berkonvoi motosikal berkuasa tinggi dalam ekspedisi di seluruh negara.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata Nurul Izzah seharusnya mengakui kesilapan kenyataannya dan tidak wajar menyalahkan media sedangkan memang ada rakaman-rakaman yang dibuat oleh beliau yang menyuarakan demikian di sebuah gereja di Selangor.
"Kalau mahu mengambil hati dan mahu mencari pengaruh di kalangan agama lain, janganlah sampai menggadaikan prinsip-prinsip yang telah menjadi asas kepada Islam.
"Sebagai orang Islam, kita jangan harus berbeda pendapat, walaupun kita berlainan parti politik, kerana isu melibatkan soal agama tidak patut dipolitikkan," katanya.
Jelasnya pihak berkenaan sepatutnya menggunakan kedudukan dan kekuatan untuk memperkukuhkan Islam dan bukannya hanya bersifat memperkukuhkan politik dan diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment