Jumlah Pengunjung

Friday 16 November 2012

JOHOR FC DAH MULA MAIN GILA !!!



Selepas mengikat pemain yang pernah beraksi dalam La Liga, Daniel Gonzales Guiza, Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) bakal menandatangani pemain yang pernah bermain dalam kancah Serie A pula, Simone Del Nero.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan bekas pemain tengah Lazio itu akan tiba di Johor Bahru, hari ini dan dijangka menandatangani kontrak semusim beraksi bersama skuad Harimau Selatan bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan menggantikan Andre Francisco Da Silva.
"Del Nero akan beraksi dengan Johor bukan secara pinjaman sebaliknya kita akan mengikat kontrak selama setahun. Bagaimanapun, sebelum sebarang kontrak ditandatangani dia mahu melihat dulu syarat-syarat yang ditetapkan.


"Saya rasa tidak akan ada masalah untuk dia menurunkan tandatangan sekali gus beraksi bersama kita. Ini pasti satu kebanggaan kepada Johor kerana mendapat khidmat seorang lagi bintang ternama selepas mengikat bekas pemain Sepanyol (Guiza)," katanya semalam.

Del Nero, 31, kini beraksi secara pinjaman bersama A.C Cesena dalam saingan Serie B Liga Itali dan pemain kelahiran Carrara, Itali itu memulakan karier bola sepak secara profesional bersama kelab Empoli pada 1998 hingga 2000.

Dia kemudian berhijrah ke kelab Brescia (2000-2007) dan turut beraksi dengan kelab Livingston pada saingan Liga Divisyen Satu Scotland (2001-2002) secara pinjaman sebelum membuat 22 penampilan bersama Lazio.

Del Nero juga pernah membantu skuad Bawah 21 tahun, Itali muncul juara Piala Eropah dan bersama skuad Olimpik Itali meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2004 di Athens, Greece serta membantu Lazio menjulang Piala Super Itali 2009.
"Nilai kontrak pemain itu seperti biasa, kita tidak boleh dedahkan. Paling mustahak dia setuju beraksi bersama Johor sekali gus kehadirannya diyakini mampu meningkatkan lagi mutu bola sepak bukan saja di Johor tetapi negara ini," kata Suhairi.

No comments:

Post a Comment

Member BSK