Portal Parlimen Belia Belia Malaysia telah dilancarkan. Bsk memang respek pada
Kementerian Belia dan Sukan kerana berjaya wujudkan Parlimen Belia Malaysia.
Kini suara anak-anak muda akan dapat lebih didengari dan mendapat platform khusus
untuk anak-anak muda untuk bersuara. Tidak perlu ditepi jalan dan berdemontrasi.
Suara anak-anak Muda akan diiktiraf sebagai pewadah bangsa masa hadapan. Bangunlah
anak-anak muda, ini masa untuk anda memilih wakil bagi memastikan suara anda
didengari..Jom kita daftar.
PUTRAJAYA — Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semalam telah melancarkan portal khas untuk Parlimen Belia Malaysia (PBM) sebagai medium utama pendaftaran pemilih, pendaftaran calon dan pengundian calon.
Hari ini, portal tersebut telah dibuka kepada umum dengan membuka sistem
pendaftaran daftar pemilih yang mana belia yang berumur 18 hingga 30
tahun adalah layak untuk mendaftar.
Bagi belia yang berminat untuk menjadi ahli PBM pula, mereka perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti :-
1. Warganegara Malaysia dan berumur 18 hingga 30 tahun.
2. Tidak pernah disabitkan kesalahan jenayah.
3. Tidak muflis.
4. Mendapat sokongan minimum 50 orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dari kawasan yang diwakili.
5. Mempunyai seorang pencadang daripada pemimpin-pemimpin pertubuhan
belia atau pertubuhan bukan kerajaan yang sah berdaftar dari kawasan
yang hendak diwakili.
PBM bakal dianggotai oleh seramai 222 wakil belia bagi setiap kawasan
parlimen yang mana mereka ini akan dipilih secara atas talian oleh
pengundi yang telah berdaftar di portal tersebut.
PBM dilaksanakan hasil daripada inisiatif Makmal Transformasi
Pembangunan Belia dalam menjadikan Generasi-Y sebagai fokus utama
pembangunan belia negara malah bagi negara-negara luar seperti
Australia, Parlimen Belia dianggap sebagai suatu sistem yang penting
dalam pembangunan belia.
Untuk capaian portal tersebut, sila klik http://interaktif.kbs.gov.my/parlimenbelia/
cerita ni teman ambik dari blog apple biru, klik aje kt nama dia...
No comments:
Post a Comment