Jumlah Pengunjung

Wednesday 7 November 2012

Taufan Sandy balasan Tuhan AMARAN DARI ALLAH UNTUK MALAYSIA !!!

Tiga pemimpin agama tempatan menyatakan, Taufan Sandy yang melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kemusnahan besar adalah kesan daripada kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Paderi Luke Robinson dari Gereja Quinn Chapel AME di Frederick, Maryland berkata, Sandy melanda New York City selepas Datuk Bandar Michael Bloomberg menyumbang dana kepada satu kempen di Maryland yang mempertahankan undang-undang perkahwinan sejenis di negeri itu.
"Bloomberg telah menyumbang sebanyak AS$250,000 (RM750,000) untuk kempen itu dan datang ke Maryland untuk membincangkan masalah tersebut.
"Ketika beliau berada di Maryland, seseorang telah berbisik menyatakan, 'Lebih baik kamu pulang ke rumah dan membuat bekalan kerana Tuhan sedang memberi hukuman'," kata Robinson seperti yang dilaporkan akhbar Washington Blade.

Menurut laporan akhbar tersebut, kenyataan paderi itu dibuat ketika beliau berucap di hadapan satu perhimpunan yang menentang perkahwinan sejenis di Maryland.
Jelas Robinson seperti yang dilapor akhbar tersebut, Sandy melanda AS minggu lalu ketika berakhirnya musim taufan.
"Taufan itu turut melanda Maryland, tetapi atas kuasa Tuhan, bencana alam itu tidak mengganas di sini," katanya.
Seorang lagi ketua agama, Noson Leiter dari pertubuhan Yahudi Torah Jews for Decency turut menyatakan perkara sama apabila menyifatkan Taufan Sandy sebagai balasan Tuhan disebabkan undang-undang perkahwinan sejenis yang disokong di New York.

Terdahulu, seorang lagi paderi, John McTernan di laman webnya mengaitkan Taufan Sandy dengan amalan LGBT dan pendirian Obama yang menyokong perkahwinan sejenis.
"Tuhan telah merancang untuk memusnahkan Amerika. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negara kita tahun ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK