Jumlah Pengunjung

Friday 23 November 2012

APEK NAK KAWIN DAH WEIII !!!



Kemenangan skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF Suzuki 2012 nanti akan menjadi hadiah yang amat bermakna kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang akan menamatkan zaman bujangnya pada 28 Dis nanti.
  
Pemain berusia 23 tahun itu mengumumkan akan bernikah dengan gadis pilihan hatinya Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.
  
Khairul Fahmi berkata walaupun beliau dan skuad kebangsaan kini dalam peringkat persediaan terakhir sebelum misi mempertahankan Piala AFF Suzuki bermula, pada Ahad ini, namum ia tidak akan menjejaskan fokusnya bersama skuad Harimau Malaya.
  
"Hari ini bila saya sudah umumkan tarikh perkahwinan, saya harap penyokong dan peminat akan memahami saya kerana fokus utama saya pada masa ini adalah bersama pasukan negara.
  
"Perkahwinan ini tidak akan jejaskan fokus saya bersama skuad kebangsaan kerana majlis akad nikah hanya akan berlangsung enam hari selepas Piala AFF Suzuki tamat ditambah persiapan perkahwinan saya banyak dibantu oleh keluarga saya dan keluarga Leuniey," katanya selepas sidang media bagi mengumumkan rasmi tarikh perkahwinannya di sini, hari ini.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2012 akan diadakan pada 22 Dis.
  
Dalam majlis yang sama, Khairul Fahmi, yang dekenali dengan panggil 'Apek' memaklumkan beliau dan pasangannya memilih konsep 'English Garden Style' untuk majlis resepsi perkahwinannya di Hotel Royale Bintang, Damansara, di sini, pada 13 Jan 2013.
  
Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Baharu pada 30 Dis berkonsepkan 'Melayu Kontemporari' manakala persandingan sebelah lelaki pula diadakan di kediaman rasmi Khairul Fahmi di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Jan 2013.
  
Ditanya mengenai tahap motivasi pemain skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan pertama menentang Singapura Ahad ini, beliau berkata kesemua rakan pasukannya berada pada tahap keyakinan yang tinggi bagi memastikan kejuaraan Piala AFF Suzuki pada edisi 2010 mampu dipertahankan.
  
"Sejujurnya saya dan rakan-rakan yang lain berada pada tahap motivasi yang tinggi dan kami semua tidak sabar untuk menentang Singapura.
  
"Kalah, menang itu memang sudah pasti dalam setiap permainan tetapi bagi saya ia adalah satu tekanan yang positif untuk saya dan rakan-rakan pasukan bermain dengan baik terutamanya apabila Malaysia adalah tuan rumah," katanya.
  
Malaysia dan Thailand merupakan tuan rumah bersama bagi Piala AFF Suzuki 2012 yang akan bermula pada 24 Nov hingga 22 Dis nanti.

No comments:

Post a Comment

Member BSK