Jumlah Pengunjung

Tuesday, 27 November 2012

KUASA ALLAH... BUAH DURIAN KECIL DALAM DURIAN !!!



FELDA SUNGAI KOYAN - Keriangan sebuah keluarga menikmati kelazatan buah durian terhenti seketika apabila mereka dikejutkan dengan penemuan buah durian di dalam durian terbabit.
Seorang ahli keluarga terbabit, Haniza Daud, 35, berkata, ketika itu dia sedang membelah durian terbabit dan terkejut apabila mendapati terdapat durian bersaiz kecil dalam sebiji durian.

“Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga saya apabila menjelang musim buah-buahan kami akan membeli durian dan secara kebetulan saya membeli sebakul durian daripada seorang jiran untuk dimakan serta dijadikan tempoyak.

“Namun begitu, ketika sedang menikmatinya, saya dan ahli keluarga lain terkejut apabila terdapat durian di dalam sebiji durian yang kami beli sekali gus menimbulkan rasa pelik dalam kalangan ahli keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Haniza berkata, terdapat jiran tetangga yang teruja dan ingin melihat secara dekat durian istimewa itu.

“Saya bersama ahli keluarga lain menganggap ia adalah kejadian istimewa dan luar biasa yang jarang berlaku.

“Ini menunjukkan kebesaran ALLAH SWT dan kami sekeluarga berhasrat serta bersepakat untuk menyimpan durian terbabit

No comments:

Post a comment

Member BSK