Jumlah Pengunjung

Saturday 10 November 2012

JOM MASUK PERTANDINGAN MAKAN BURGER BESAR !!! ANAK JATI KG SRI KINTA....


PERTANDINGAN MAKAN BURGER BESAR NOVEMBER 2012


NOVEMBER 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan Yazid Burger.
Kami ingin mengumumkan akan mengadakan pertandingan makan burger besar Yazid Burger bagi bulan November 2012.
Objektif :
  1. Kami mencari peserta yang mampu hadapi cabaran menghabiskan burger 1.5KG (semasa ditimbang) dalam masa 30 minit
  2. Kami mencabar keupayaan anda (bagi sesiapa yang tahap seleranya tinggi) untuk menghabiskan dalam waktu yang diberi
  3. Kami mencari peserta untuk bertanding di Grand Final King Size Yazid Burger (akan diumumkan kemudian)
  4. 15 orang diperlukan untuk ke FINAL.Current winner : 1

Syarat-syarat Peserta :
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan keatas
  3. Mempunyai rekod kesihatan yang baik
  4. Daya cabaran yang tinggi

Pendaftaran :
  1. Peserta baru.Sila SMS ke 019-6888709 :
    • Nama (SMS)
    • No kad pengenalan (SMS)
    • No telefon (SMS)
    • Wang pendaftaran RM 30.00 (Sila bawa semasa hari pertandingan)
    • Tarikh akhir pendaftaran 23 November 2012
    • Pendaftaran sekali seumur hidup

Tarikh, Waktu Dan Lokasi :
  1. Tarikh : 25 November 2012 Ahad
  2. Waktu Berkumpul :  04.00 PM
  3. Waktu Pertandingan : 05.00 PM
  4. Lokasi : Medan Selera Anjung 7 Seksyen 7 Shah Alam.Sila rujuk disini (Lihat Cawangan Utama)

Syarat-syarat Pertandingan :
  1. Masa yang diberi : 30 Minit
  2. Berat burger : 1500g / 1.5 kg
  3. Peserta mesti menghabiskan dalam masa yang ditetapkan
  4. Peserta digalakkan membawa bersama rakan-rakan
  5. Tiada bantuan dibenarkan.Sebarang bantuan (semasa pertandingan), penyertaan anda terbatal
  6. Jika tidak berjaya menghabiskan dalam tempoh yang diberi, peserta boleh bungkus atau makan bersama rakan-rakan
  7. Peserta dibenarkan membawa bekalan minuman sendiri
  8. Peserta dibenarkan menggunakan apa sahaja teknik untuk menghabiskan burger
  9. Peserta digalakkan berpuasa sebelum pertandingan

Kemudahan Disediakan :
  1. Sudu
  2. Garpu
  3. Pisau
  4. Gelas
  5. Air mineral 1.5 Liter
  6. Tuala kecil
  7. Tisu

Tentatif :
  1. 4.00 PM - 4.45 PM  Ketibaan peserta
  2. 4.45 PM - 5.00 PM  Peserta bersedia dan mengambil tempat.Burger dihidangkan
  3. 5.00 PM - 5.30 PM  Pertandingan dimulakan (30 Minit sahaja)

Hadiah Kepada Pemenang :
  1. Pemenang secara automatik akan layak ke Grand Final King Size Yazid Burger
  2. T-Shirt Eksklusif Yazid Burger
  3. Percuma 1KG Yazid Burger (Boleh claim bila-bila masa.Sekali sahaja)

Notis :
  1. Pihak penganjur berhak mengubah syarat-syarat pertandingan tanpa sebarang notis
  2. Peserta wajib mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
BERITA PENUH KLIK DISINI...
TUNGGU APA LAGI...MARI CABAR DIRI ANDA..DAFTARLAH SEKARANG
TARIKH TUTUP : 23 NOVEMBER 2012
PEMENANG SETAKAT INI : 1

No comments:

Post a Comment

Member BSK