Jumlah Pengunjung

Thursday 22 November 2012

DESAK PAS SUPAYA JANGAN TERUS ROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM !!!



Pas diminta supaya tidak merosakkan akidah umat Islam di negara ini apabila menganjurkan doa dan solat hajat untuk kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Ketua Umno Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, tindakan itu juga boleh  memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

“Walaupun saya tidak arif dalam soal agama seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat tetapi saya yakin tiada sepotong ayat dalam al-Quran yang menyatakan kita boleh mendoakan  kehancuran umat Islam yang lain.

“Hukum mana yang Pas pakai dengan mengatakan ahli Umno itu kafir. Tiada satu ayat dalam  al-Quran yang membolehkan kita menuduh umat Islam lain kafir secara sesuka hati.

“Jadi, jangan kerana kepentingan parti tertentu, Pas merosakkan akidah orang lain,” katanya  kepada pemberita ketika mengulas mengenai tindakan parti Islam  itu yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Jalaluddin berkata, Umno dan BN tidak pernah bersikap pilih kasih terhadap  penyokong Pakatan Rakyat.

"Pas atau PKR bersekolah di sekolah bantuan kerajaan, kita tak pernah halau mereka, malah guru-guru pun tidak menghalau mereka.

“Jika ada yang berbuat demikian (menghalau) kita akan ambil tindakan. Malah, jika ada pemimpin BN dan Umno yang melakukan kesilapan dikenakan tindakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK