DAP berkuasa menentukan sama ada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri jika pembangkang perintah negara ini.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, pemimpin PKR dan DAP bercanggah pendapat kerana mereka berebut mahu menjadi Perdana Menteri, tetapi kata putus terletak di tangan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Dalam blognya, http://umnobahagiancheras.
“Perebutan jawatan itu antara Pas dan PKR tak akan sampai ke mana kerana kedua parti tidak berani sanggah keputusan DAP.
“Walaupun akar umbi Pas dan PKR lantang bersuara mahukan Hadi atau Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi pemimpin kedua-dua parti tidak berani kerana takut kepada DAP,” katanya.
Syed Ali mendakwa, DAP lebih senang memilih Anwar menjadi Perdana Menteri berbanding Abdul Hadi kerana parti itu meragui kejujuran Pas dalam Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun katanya, rakyat tidak perlu menukarkan kerajaan sedia ada kerana selama ini Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan adil.
No comments:
Post a Comment