Jumlah Pengunjung

Thursday 8 November 2012

SEPATUTNYA HADI AWANG BERUNDUR CARA TERHORMAT !!!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar berundur secara terhormat jika tidak mahu terus berkhidmat sebagai wakil rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata seorang pemimpin muda Umno dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, adalah tidak "manis" mengakhiri kerjaya politik dengan bertanding di kawasan yang menjadi kubu kuat orang lain termasuk di Pekan sendiri, yang kini disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan mengalami kekalahan.

Malah katanya, oleh kerana sudah ada ramalan Hadi akan kalah di kerusi sendiri iaitu di Marang, "adalah perkara yang paling tidak manis untuk menamatkan karier politik beliau sebagai Presiden Pas dan negarawan".

"Sejarah negara kita, belum pernah ada perdana menteri yang berkhidmat kalah di kawasan (sendiri)," tambah beliau.

Abdul Hadi baru-baru ini mengejutkan negara apabila menyatakan kesediaan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan jika diarah parti agar berbuat demikian.

Kenyataan Abdul Hadi itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Namun kelmarin, beliau sekali lagi menegaskan akan kekal dengan keputusannya untuk bertanding di Pekan jika diputuskan demikian oleh parti.

Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata, Abdul Hadi harus berundur secara terhormat bersesuaian dengan kedudukan beliau sebagai pemimpin tertinggi Pas yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik.

"Sebab sebelum ini pun beliau sudah meluahkan perasaan untuk tidak mahu lagi bertanding dan sebagainya. Umur pun sudah lanjut.

"Jadi untuk beliau mencadi seorang pemimpin yang dianggap sebagai negarawan, saya kira, dia kena bersara dengan baik," kata Abdul Rahman yang juga Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN.

Beliau bagaimanapun turut melahirkan kebimbangan sekiranya ini satu agenda terancang pihak tertentu untuk menamatkan karier politik Abdul Hadi.

"Saya takut pula ada yang mengatakan ini satu konspirasi terhadap beliau untuk menamatkan karier beliau dan mengaibkan beliau di kalangan pemimpin-pemimpin khasnya kita tahu sekarang ini ada kelompok-kelompok yang tertentu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK