Jumlah Pengunjung

Wednesday 7 November 2012

Kerajaan BARISAN NASIONAL sedia hadapi banjir, jentera dikerah hulur bantuan -


Kerajaan telah menghantar bantuan keperluan untuk mangsa banjir di Perak, Selangor, Melaka dan Johor, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, sebenarnya kerajaan telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi kemungkinan banjir pada hujung tahun ini dan semua jentera telah dikerah bagi menghulurkan bantuan perlu kepada mangsa banjir di negeri-negeri terlibat.
''Ia termasuk menghantar bantuan makanan, perubatan, kesihatan serta membantu memindahkan penduduk yang terjejas ke tempat-tempat yang selamat," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak Asia-Eropah Kesembilan (ASEM) 2012 di sini hari ini.
Najib berkata, sukar untuk meramal bila sesuatu bencana akan berlaku termasuk banjir kerana ia berlaku tanpa diduga.
Menurutnya, banjir yang berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung sekarang sedikit sebanyak ada kaitan dengan perubahan keadaan cuaca dunia dan ia turut membawa kesan kepada negara-negara lain.
Misalnya, di Amerika Syarikat sekarang dilanda bencana taufan Sandy yang membawa kemusnahan teruk dan Thailand pula dilanda banjir teruk di bandar raya Bangkok pada tahun lalu, tambah beliau.
Najib berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEM 2012 yang berakhir hari ini.
Semalam, beliau merasmikan cawangan pertama Maybank di Laos dan sebelah petangnya menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara sebuah syarikat Malaysia, Giant Consolidated Ltd. (GCL) dengan kerajaan Laos untuk melaksanakan pembinaan projek landasan kereta api elektrik berkembar di Laos bernilai AS$5 bilion (RM15 bilion).
Perdana Menteri dan isteri berlepas pulang petang ini.

Artikel Penuh KLIK DISINI...

No comments:

Post a Comment

Member BSK