Jumlah Pengunjung

Tuesday 27 November 2012

PAS MENIPU RAKYAT LAGI... TIADA KATA SEPAKAT DALAM DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS !!!





Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) meminta kerajaan Pas Kelantan menghentikan penguatkuasaan semua undang-undang Islam yang dikenakan terhadap bukan Islam di negeri ini sehingga kajian secara terperinci dilaksanakan.
Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata, perkara itu bagi memastikan keadilan dan hak bukan Islam tidak diganggu seperti yang ditegaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya dalam Muktamar Tahunan Pas ke-58 baru-baru ini.
Beliau berkata, kebanyakan undang-undang kecil yang digubal pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membabitkan bukan Islam juga perlu dikaji semula kerana tidak sesuai dengan keadaan semasa.
“Kajian perlu dilakukan bagi mencari penyelesaian yang memberikan keadilan kepada semua pihak apatah lagi kebanyakan undang-undang kecil ini digubal pada 1990-an dan tidak lagi relevan pada masa sekarang.

No comments:

Post a Comment

Member BSK