Jumlah Pengunjung

Saturday 10 November 2012

Majlis Badan Bertindak NGO bantah kehadiran Anwar !!!


KEMAMAN – Seramai 140 ahli Majlis Badan Bertindak NGO Kemaman berkumpul secara aman dan membuat laporan polis sebagai membantah kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kemaman sempena Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat PKR, semalam.
Sebanyak 18 laporan polis dibuat oleh 10 NGO di Balai Polis Kerteh dekat sini, kira-kira jam 11 pagi yang menyaksikan ahli turut membawa sepanduk tertera pelbagai kata-kata tentangan sebagai tanda protes kehadiran Anwar.
NGO telibat membabitkan Perkasa Kemaman, Persatuan Kontraktor Kemaman, Belia 4B Pekan Kerteh, Belia Seri Chengal, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dun Kemasik, Persatuan Silat, Persatuan Anak Muda Dun Kemasik, Persatuan Kebangsaan Bekas Perisikan Malaysia, Penyelaras JKKK Dun Kemasik dan Pemuda Umno Kemaman.
Pengerusi majlis badan bertindaknya, Mustafa Ab Rahman berkata, pihaknya menentang kedatangan Anwar ke Kemaman sebab dilihat ia akan timbulkan bibit perpecahan dalam masyarakat di daerah ini.
“Difahamkan hari ini beliau (Anwar) akan pergi ke Masjid Tengku Mizan dan kami sangat membantah kerana tidak mahu masjid menjadi gelanggang politik bodoh oleh Pakatan Rakyat (PR) apatah lagi rakan sekutu mereka DAP secara terang-terangan menentang Islam.
“Kami bimbang kedamain dan perpaduan masyarakat di Kerteh akan tergugat dengan salah guna masjid sebagaimana yang telah berlaku di tempat-tempat lain semasa siri jelajah anjuran PKR ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Kerteh.
Katanya, sebagai rakyat, pihaknya berharap kedamaian dan perpaduan penduduk Kemaman tidak diganggu oleh pihak luar.
“Jika masjid disalah guna akan menyebabkan berlaku kekecohan dan mencemarkan kesucian masjid yang dinamakan dengan nama Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Darul Iman,” katanya lagi.
Bagi menunjukkan rasa protes, kesemua ahli NGO turut berkumpul di tepi jalan menunggu ketibaan Bas Merdeka Rakyat dan mengangkat sepanduk ketika bas tersebut melewati jalan berdekatan Masjid Tengku Mizan kira-kira jam 1 tengah hari.
Sementara itu, kesemua NGO juga turut membuat laporan polis untuk mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika forum Islamic State: Which Version? Who Responsibility.
“Kami juga cabar beliau (Nurul Izzah) turut menyaman portal berita Malaysiakini sebagaimana beliau menyaman Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana atas dakwaan memanipulasikan kenyataannya kerana portal yang pro pembangkang itu turut melaporkan perkara serupa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK