Jumlah Pengunjung

Thursday 8 November 2012

Keadaan banjir di tiga negeri bertambah baik, Selangor tidak berubah !!!


Keadaan banjir di tiga negeri - Johor, Perak dan Melaka bertambah baik pagi ini manakala keadaan di Selangor tidak berubah.
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di ketiga-tiga negeri yang semakin pulih itu berkurangan pagi ini berbanding malam tadi apabila lebih ramai mangsa dibenar pulang.
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di empat negeri yang dilanda banjir berikutan hujan lebat di pantai barat Semenanjung sejak lima hari lalu kini 3,355 orang berbanding 3,712 malam tadi setelah 368 orang dibenar pulang ke rumah masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Member BSK