Jumlah Pengunjung

Thursday 29 November 2012

PAS MEMANG PARTI MALANG SEUMUR HIDUP !!!



Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pas hanya parti yang melukut di tepi gantang serta dijadikan kuda tunggangan PKR dan DAP dalam misi pembangkang merampas Putrajaya.
"Sungguh malang bagi Pas. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata  orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas.
"Pas berhempas pulas menarik sokongan  orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan  PKR. Bagi DAP dan PKR, Pas hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa,"katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Muhyiddin sebelum itu menyelar parti Islam itu dan DAP yang disifatkannya sanggup membawa fahaman politik benci dan fitnah demi kelangsungan politik parti pembangkang itu.
Katanya, Pas dan DAP merupakan "puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik", sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama yang sempit.
"Pas sebagai contoh pernah  menuduh Umno sebagai parti sekular, parti taghut, parti  mustakbirin, parti fir'aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam  Barisan Nasional,"ujar beliau.
Bahkan menurut Muhyiddin, Pas dan DAP sanggup menggadai prinsip semata-mata demi laba politik mereka.
DAP kata Muhyiddin, akan menggunakan pelbagai ruang untuk membangkitkan sentimen kaum yang dipelihara oleh Umno sejak sekian lama.
Mereka mahu menanam kebencian bukan Melayu kepada Umno-BN demi meraih sokongan kaum tersebut terhadap parti mereka.
"Apabila mereka menerima pendirian Umno (parti komponen BN) dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut  yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu,  semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama Umno.
"Malah, DAP menuduh Umno sebagai parti rasis dan  parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan ke bencian orang bukan Melayu terhadap Umno dan Barisan  Nasional,"katanya.
Bahkan kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, jelas sekali Pas dan DAP adalah parti yang mengamalkan politik songsang mengenai agama yang memecahbelahkan masyarakat di negara ini.
"Kononnya undi Pas masuk syurga, sembelihan orang Umno tidak halal, solat  berimamkan orang Umno tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang Umno yang merupakan saudara seagama mereka.
"Merekalah yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan  api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian,"katanya disambut sorakan gemuruh para perwakilan.

No comments:

Post a Comment

Member BSK