Teman teruja dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan mengatakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tajaan berjumlah RM35 juta bagi Festival Belia Putrajaya 2013 sempena Hari Belia Negara
pada 23 hingga 26 Mei tahun depan. Sumbangan daripada sektor korporat
dan swasta telah melimpah ruah nak bantu KBS menjalankan
aktiviti-aktiviti anak muda Malaysia. Teman berbangga sebab sektor
korporat dan swasta tidak lupa menyumbangkan sedikit keuntungan bagi
membangunkan modal insan khusunya untuk anak-anak muda Malaysia seperti
tahun lepas. Teman ghase geng-geng Pakatan Rakyat nak cari modal untuk
spin isu ini macam-macam cagher. Biasa la deme ni, ada aje yang tak
puashati. Deme ini sememangnya apa yang Kerajaan BN buat, semuanya tak
betul. Yang betulnya deme aje. Lepas ni teman tak heghan kalau deme,
Nik Aziz buat sembahyang hajat dan mendoakan pulak Festival Belia
Putrajaya 2013 ini KO. Sabor aje ler..tunggu kiokk deme ni je baru le deme berenti bercakap.heeeeeee...
KAJANG –
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tajaan berjumlah RM35 juta
bagi Festival Belia Putrajaya 2013 sempena Hari Belia Negara pada 23
hingga 26 Mei tahun depan.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah tersebut akan melebihi tajaan bagi acara yang sama sebelum ini iaitu RM20 juta.
“Saya percaya
jumlahnya akan melebihi tajaan yang diperoleh pada tahun lalu
berdasarkan respons yang diterima daripada penaja sehingga kini.
“Sebelum ini
untuk mengadakan 500 acara agak sukar tetapi selepas tiga tahun
dianjurkan, lebih daripada 500 acara sudah sedia untuk diadakan nanti,”
katanya ketika berucap pada Bengkel Kumpulan Kerja Teknikal Bersama
Badan Bukan Kerajaan dan Swasta di sini semalam.
Bengkel
tersebut turut membincangkan kelemahan dan kekuatan penganjuran Himpunan
Jutaan Belia 2012 serta langkah untuk menambah baik aktiviti yang akan
dilaksanakan.
Turut hadir,
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Datuk Zaidon Asmuni dan Ketua
Pegawai Eksekutif Sekretariat Hari Belia Negara, Mod Nadzri Yaacob.
Ahmad Shabery
memberitahu, kementerian tersebut menyasarkan seramai 2.5 juta
pengunjung bakal menghadiri acara yang berlangsung selama empat hari
tiga malam itu.
Beliau juga
memberi cadangan agar diwujudkan satu aplikasi khas bagi telefon pintar
untuk acara itu seperti yang digunakan ketika Sukan Olimpik di London
tahun ini.
“Sebagai
contoh, aplikasi semasa Sukan Olimpik itu memudahkan pengunjung untuk
mengetahui acara-acara yang sedang berlangsung dan lokasinya.
“Aplikasi itu
nanti akan memudahkan pengunjung kerana mereka boleh mencari maklumat
acara dan aktiviti melalui telefon pintar. Sudah tentu aplikasi itu akan
memberi tarikan kepada karnival tersebut,” katanya.
No comments:
Post a Comment