Jumlah Pengunjung

Friday, 30 November 2012

RAKYAT SEMAKIN BENCI PAKATAN DI SEBABKAN DOA PAS !!!


Bagi umat Islam, doa adalah senjata ampuh selepas segala ikhtiar dan usaha dilakukan bagi memohon dimakbulkan segala hajat.
  
Umat Islam yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini dan anggota Umno yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2012 berkesempatan mengadakan solat hajat dan berdoa memohon umat Islam dan seluruh rakyat di negara ini hidup dalam suasana aman, sejahtera dan bersatu padu.
  
Antara lain doa itu berbunyi: "Kami mohon satukanlah hati-hati kami ya Allah... seluruh muslimin dan muslimat Ya Allah... di utara, selatan, timur dan barat Ya Allah. Kau tautkanlah ukhuwah dan ikatan sesama Islam Ya Allah.
  
"Peliharalah negara kami Ya Allah... peliharalah pimpinan-pimpinan kami Ya Allah, peliharalah rakyat negara kami Ya Allah, peliharalah raja-raja kami Ya Allah."
  
Doa itu dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas solat hajat tersebut.
  
Berbeza sekali dengan solat hajat dan doa Pas yang memohon kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) pada majlis solat hajat di Stadium Muhammad IV sempena Muktamar Tahunan Pas ke-58 baru-baru ini, yang mengejutkan banyak pihak.

Perbuatan itu dilihat mencalar imej parti berkenaan sebagai sebuah parti Islam di negara ini memandangkan Islam sendiri meminta umat mendoakan hanya perkara baik, sebagaimana sabda Nabi Muhamad SAW: "Mohonlah kebaikan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah suka diminta kebaikan dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kelapangan (terlepas daripada kesusahan)." (Hadis riwayat al-Tirmidzi).
  
Seperti yang sering diungkapkan, setiap kejadian itu ada hikmahnya. Bagi Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Idris Jusoh, doa Pas itu akan menjadi antara penyebab Pas kehilangan sokongan serta kerusi pada pilihan raya umum ke-13.
  
"Kita lihat banyak isu yang melanda Pas gagal diselesaikan dan diperjelas dengan baik seperti isu Nurul Izzah (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) berhubung kenyatannya tentang kebebasan beragama, malah parti itu mempunyai masalah dengan DAP terutama berhubung dalam isu pelaksanaan hukum hudud," katanya kepada Bernama.  
  
Yakin akan berlaku peralihan sokongan pengundi Pas kepada UMNO, terutamanya pengundi atas pagar, Idris berkata Pas kini tiada hala tuju dan tidak mempunyai keupayaan untuk menjadi parti tonggak dalam pakatan pembangkang kerana dilihat lebih banyak mengikut telunjuk DAP dan PKR.
  
"Ini jauh bezanya dengan Umno yang merupakan tonggak dalam Barisan Nasional dan dasar perjuangan Umno sendiri tidak berubah sifat wasatiyah sejak dari dahulu hingga kini," katanya.

Idris berkata Pas tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam serta banyak mengalah kepada DAP, dan dalam hal siapa akan menjadi perdana menteri, anggota Pas sendiri tiada persefahaman.
  
"Pakatan pembangkang dengan lantang mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi Muktamar Pas baru-baru ini mahukan presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi PM dan dalam masa sama Mat Sabu (Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu) pula menyatakan menyokong Anwar menjadi PM. Jadi jelas menunjukkan kesepakatan dalam pakatan pembangkang tidak ada," katanya.
  
Bagi seorang penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata Umno harus bekerja kuat untuk menarik 30 hingga 40 peratus pengundi atas pagar untuk mempertahankan Putrajaya.
  
Beliau berkata Umno dan Pas telah memperoleh 30-30 peratus sokongan dalam kalangan pengundi Melayu dan adalah sukar untuk meraih sokongan penyokong tegar Pas.
  
Maka itu, adalah penting bagi kedua-dua parti meraih sokongan pengundi atas pagar bagi memastikan kemenangan dalam PRU13.
  
Bagi penyokong Pas yang tegar, kata beliau mereka akan kekal menyokong Pas tetapi pendekatan liberal parti itu yang mewujudkan kerjasama dengan DAP dan PKR adalah strategi Pas untuk menawan Putrajaya.
  
"Kini, Umno dan Pas perlu merangka pelbagai strategi yang berkesan untuk mendapatkan sokongan pengundi atas pagar yang dikatakan pengundi muda dan berpandangan sederhana serta golongan yang mahukan hubungan harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum," katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK