Jumlah Pengunjung

Monday 12 November 2012

NURUL IZZAH JUAL ISLAM SEKEJAP JE UNTUK UNDI POLITIKNYE....


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar hanya mahu meraih undi dan bukannya bersikap ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat sehingga mengeluarkan kenyataan kontroversi  dengan menyokong kebebasan beragama dalam sebuah forum baru-baru ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kenyataan Nurul Izzah dalam forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya, Selangor, pada 3 Nov lepas hanya mahu memuaskan hati peserta dalam forum berkenaan.

"Nurul Izzah sanggup menyokong kebebasan beragama tetapi akhirnya dia sedar bahawa ia adalah satu kenyataan yang kontroversi sehingga menimbulkan kemarahan dan bantahan dari pelbagai pihak dan seterusnya dia menyalahkan media pula," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival 1Malaysia For Youth (1M4U) Lembah Pantai 2012 di sini hari ini.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah.

Raja Nong Chik berkata Barisan Nasional (BN) sentiasa mengotakan janji-janjinya kepada rakyat berbanding pembangkang yang hanya tahu bercakap (berceramah) di sana-sini dan mengeluarkan janji-janji kosong sahaja.

Ditanya mengenai pilihan raya umum ke-13 mungkin berlangsung selepas Tahun Baru Cina tahun depan seperti dalam ucapannya, Raja Nong Chik berkata itu hanya ramalan beliau sahaja kerana keputusan muktamad terletak pada budi bicara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya hanya meramal sahaja, bagaimanapun jentera BN harus bersiap-siaga dan mula mengerakkan kerja-kerja kempen di setiap kawasan," katanya yang juga Ketua Umno Lembah Pantai.

Mengenai Kompleks Keramat Mall yang dikatakan lengang akibat tiada pengunjung, Raja Nong Chik berkata isu itu sedang diuruskan oleh Timbalan Ketua Pengarah dan Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Katanya DBKL juga masih melakukan perbincangan dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan untuk mencari kaedah terbaik dalam menarik lebih ramai pengunjung dan pelanggan ke Keramat Mall.

No comments:

Post a Comment

Member BSK