Jumlah Pengunjung

Thursday 29 November 2012

BAYI MAUT DITIMPA BUAH DURIAN !!!

Seorang bayi berusia sebulan maut ditimpa durian semasa di dukungan ibunya ketika sedang mengangkat pakaian yang dijemur di ampaian dibelakang rumah mereka dalam kejadian di Kampung Badak Mati, Sungai Bakap, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, ibunya, Samimi Kasmin, 29, membawa bersama Mohamad Yusoff itu keluar bersama, ketika sedang mengutip pakaian, tiba-tiba buah durian gugur mengenai kepala dan bahunya.
Mangsa merupakan anak sulung kepada pasangan Samimi dan Zainal Abedin, 52.
Panik dengan keadaan itu, Samimi merupakan warganegara Indonesia cuba mententeramkan anaknya sebelum menghubungi suaminya yang ketika itu tidak berada dirumah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superitendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, buah durian seberat 2.150 kilogram (kg) itu gugur daripada pokok lalu terkena kepala mangsa dan bahunya menyebabkan dia menangis kesakitan.

“Keadaan ini menyebabkan ibu mangsa ketakutan dan dalam masa sama cuba memberikan bantuan dengan menggosok-gosok kepala anaknya itu.

“Samimi kemudiannya bertambah panik selepas mendapati anaknya itu tiba-tiba berhenti menangis dan tidak sedarkan diri sebelum bertindak menghubungi suaminya sejurus selepas itu,” katanya.

Shafien berkata, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia meninggal dunia kira-kira jam 5 petang, sejam selepas kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar untuk bedah siasat di Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Lama Sungai Bakap petang, semalam.

Difahamkan akibat terlalu sedih dan tidak mampu mengawal diri, Samimi dilaporkan pengsan di perkarangan hospital.

No comments:

Post a Comment

Member BSK