Jumlah Pengunjung

Wednesday, 21 November 2012

Perbalahan ummah sampai kemuncak !!!



Menteri Besar Perak menyifatkan konflik mencetus perbalahan ummah di negara ini sudah sampai ke kemuncak.
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, konflik berlaku terutama membabitkan isu doa dan murtad hanya menunjukkan tuduhan berat dilemparkan sesama Islam.

“Saya sedih dengan apa berlaku, sampai bila kita nak terus terperangkap dalam permainan ini.

“Perkara yang menjadi kebimbangan kini sudah pun menjadi polemik berterusan antara dua kelompok yang akhirnya hanya akan meruntuhkan hubungan umat Islam,” katanya selepas merasmikan penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2012, semalam.

Mengulas lanjut, Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri berkata, pandangan yang kritikal masih diperlukan dalam sesetengah pembangunan, bagaimanapun ia perlulah dinilai dari sudut positif.

Katanya, sikap taksub segelintir individu dalam sesuatu perkara menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam lain.

“Kita tidak menolak percanggahan pendapat disuarakan, namun dalam perkara membabitkan akidah, umat Islam perlu bersatu.

“Kemarahan tercetus jangan sampai maki hamun, apatah lagi mendoakan kehancuran umat Islam lain,” katanya.

sumber berita dari sini...

No comments:

Post a comment

Member BSK