Jumlah Pengunjung

Thursday 29 November 2012

PEMBANGKANG TAKUT DENGAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO & CUBA ALIHKAN ISU KES SCORPENE !!!

Taklimat Scorpene yang diadakan di Singapura dilihat sengaja dianjurkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mencuri perhatian khususnya masyarakat Melayu daripada memberi fokus kepada perjalanan Perhimpunan Agung UMNO.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, taklimat tersebut diadakan kerana pembangkang semakin gusar dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
"Saya telah diberitahu oleh seorang sumber dalaman pakatan pembangkang bahawa Suaram telah diberi arahan supaya 'melemahkan' Perhimpunan Agung UMNO melalui peguam Perancis dengan memfitnah Perdana Menteri.
"Pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin gerun dan tidak senang duduk dengan kebangkitan BN. Mereka tahu perhimpunan pada minggu ini amat penting kepada agenda politik orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas berhubung taklimat Scorpene oleh dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham yang dianjurkan oleh Suaram di Singapura kelmarin.
Taklimat berhubung dakwaan isu rasuah pembelian kapal selam Scorpene tersebut telah disampaikan kepada Ahli Parlimen pakatan pembangkang dari Malaysia dan wakil Suaram.
Antara yang hadir ialah Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel; Ahli Parlimen Batu (PKR), Tian Chua; Mohd. Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) dan Setiausaha Publisiti DAP dari Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Anuar mendakwa, taklimat itu dibiayai sepenuhnya oleh penyangak mata wang, George Soros.
"Pemimpin-pemimpin Suaram nampak gayanya sanggup menggadai keselamatan dan kedaulatan negara demi kemewahan duit Yahudi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121129/dn_04/Sengaja-anjur-taklimat-Scorpene#ixzz2DZfURSNp
© Utusan Melayu (M) Bhd 
 
No comments:

Post a Comment

Member BSK