Jumlah Pengunjung
Tuesday 27 November 2012
JOM KITA BANTU RAKYAT PALESTIN !!!
Kunci kekuatan Palestin kini adalah Mesir, iaitu negara yang baru merdeka dari menjadi proksi Amerika Syarikat.
Ini faktor kebangkitan Palestin. Perubahan politik Mesir yang menyaksikan tumbangnya diktator pro-Israel, Hosni Mubarak menjanjikan harapan kepada Palestin.
Kemenangan Presiden Mohammed Mursi baru-baru ini, menggugat Israel apabila secara terbuka beliau menyatakan sokongan kepada Palestin dan pejuang Hamas, sekali gus keadaan ini mengubah geopolitik Asia Barat apabila Palestin mendapat tenaga baru jiran seperjuangan seperti Mesir.
Ketika era rejim Hosni Mubarak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel, Palestin dijadikan mangsa penindasan Mesir.
Janji Obama tidak membawa makna berbanding kewujudan “Mesir baharu” yang lebih dekat dengan perjuangan Palestin di Gaza. Malah sepenggal yang lalu Obama tidak memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh bela Palestin yang dizalimi Israel.
Sebaliknya kenyataan awal Obama semasa Palestin diserang baru-baru ini, menyalahkan Palestin dan melabelkan Hamas sebagai pengganas yang mengancam Israel.
Ketika Israel menyerang pada 2008, rakyat Palestin menderita mengakibatkan lebih 250 terbunuh, beribu tan makanan untuk Palestin terbiar dan rosak apabila Hosni Mubarak menutup sempadannya. Kerana itu perkara pertama yang boleh dilakukan Mesir ketika ini ialah buka sempadan untuk membolehkan dunia menyalurkan bantuan kepada Palestin.
Sebelum perancangan jangka panjang untuk membebaskan Palestin, usaha jangka pendek yang diperlu dilaksanakan adalah membuka pintu masuk melalui Mesir. Mursi mesti menebus derhaka presiden Mesir terdahulu.
Oleh itu dengan perkembangan positif yang dibawa Mursi, marilah kita sama-sama membantu rakyat Palestin dengan memberi sumbangan derma kepada Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian. Jumlah kutipan Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian kini meningkat kepada RM80,112.33 sehingga semalam, selepas enam hari dilancarkan.
Masyarakat dan komuniti setempat yang ingin menyalurkan sumbangan, juga boleh melakukannya secara terus dengan menghubungi wartawan atau skuad di daerah masing-masing.
Tabung tersebut menyasarkan kutipan RM1 juta dalam masa terdekat dan berharap sumbangan daripada seluruh lapisan masyarakat.
Kepada yang ingin menderma boleh menyumbang ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988 atau menghubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain menerusi 03-51013820.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment