Jumlah Pengunjung

Saturday 10 November 2012

Mamat ni terkencing-kencing tidak mengaku hina Sultan Johor !!!


Seorang juruukur kuantiti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook bulan lalu.
Ahmad Abd. Jalil, 27, dari Klang, Selangor membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zamri Bakar.
Bagi tuduhan pertama, Ahmad didakwa memuat naik satu status di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama 'Zul Yahya' tertera perkataan menghina Sultan Johor di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi di sini kira-kira pukul 3 petang, 21 Oktober lalu.
Lelaki itu juga menghadapi tuduhan kedua iaitu didakwa melakukan perbuatan yang sama di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini kira-kira pukul 6 petang, 10 Oktober lalu.
Kedua-dua pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.
Di bawah seksyen tersebut, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar yang mengendalikan pendakwaan, menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Ahmad.
Peguam Mohd. Radzlan Jalaludin dan Mohd. Haijan Omar yang mewakili tertuduh pula memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan tertuduh baru mendirikan rumah tangga dua bulan lalu dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di ibu negara.
Pihak pembelaan juga memberitahu akan memfailkan notis bantahan awal bagi menggugurkan kedua-dua pertuduhan tersebut dalam tempoh terdekat atas alasan beberapa fakta dalam kertas pertuduhan tidak berkaitan dengan anak guamnya.
Zamri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 November depan sebagai sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment

Member BSK