Cerita kt bawah ni akan membolehkan rakyat malaysia mengetahui tujuan anwar sebenarnya, pada yg dh mmang kenal anwar ni tak hairan la, tapi klu kita perhatikan trend org anwar yg mninggalkan dia msti org yg dh semakin rapat dan mngenali anwar sedalamnya, nk buat mcmanakan.. anwar mmang trdesak sgt sbab dia dh byk pakai duit YAHUDI sbelom ni... skrg dia nk mntak duit kt negara lain plak.. korang baca la kt bawah ni...
Tindakan
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan
raya umum akan datang bebas daripada penipuan merupakan satu tindakan pelik,
memandangkan beliau pernah hidup dan menjadi Timbalan Perdana Menteri menerusi
sistem yang sama sebelum ini.
Ahli
Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, tindakan itu
jelas satu penghinaan khususnya kepada pengundi berdaftar selain menggambarkan
seolah-olah rakyat negara ini kuno atau tidak bertamadun sehingga perlu meminta
campur tangan kuasa luar untuk memantau sistem pilihan raya negara.
Jelasnya,
tindakan tersebut juga merupakan satu perbuatan khianat yang tidak boleh
dimaafkan oleh rakyat yang cintakan negara.
"Beliau
patut cermin diri sendiri. Selama 16 tahun dalam UMNO, sudah berapa pilihan
raya umum yang Anwar lalui sebagai pemimpin UMNO? Malah melalui sistem pilihan
raya yang sama juga Anwar 'memanjat' jawatan sehingga menjadi Timbalan Perdana
Menteri.
"Pilihan
raya yang diselia dan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang
sama yang membolehkan Anwar berjaya sehingga menjadi pemimpin nombor dua. Jadi
Anwar nak merungut apa sekarang? Apakah hanya kerana dia tak dapat memenuhi
nafsu menjadi Perdana Menteri atau apakah hanya kerana dia disepak dengan penuh
penghinaan oleh UMNO,"soalnya.
Beliau
berkata demikian seperti dipetik dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com.
Zulkifli
berkata, Anwar juga perlu bertanya kepada diri sendiri apakah beliau
benar-benar mengamalkan politik demokrasi seperti yang dilaung-laungkan.
"Lihat
sendiri jawatan Ketua Umum yang disandangnya. Macam mana dia boleh menjadi
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Cuba tengok sendiri Perlembagaan PKR,
mana ada jawatan itu. Siapa yang pilih dan lantik Anwar? Apakah ahli akar umbi
PKR dibenarkan mengemukakan calon lain dan mengundi?
"Jawapannya
jelas, tidak ada. Jadi demokrasi apa yang Anwar 'melalak' sampai ke Australia?
Sudah pasti Anwar akan menjadi bahan ketawa pihak Barat jika mereka tahu bukan
sahaja pemilihan parti yang tercemar daripada lunas demokrasi malah jawatan
Anwar sendiri tidak dipilih melalui sistem demokrasi," tegasnya.
Oleh
yang demikian katanya, rakyat perlu membuka mata dan menolak pakatan
pembangkang yang diketuai Anwar.
"Adakah
ini jenis pemimpin yang kita mahu nobatkan sebagai Perdana Menteri, yang
apabila berdepan dengan masalah sentiasa meminta campur tangan asing.
"Sebab
itu rakyat Malaysia wajib membuka mata. Allah telah memberikan kita satu demi
satu isyarat dan bukti betapa Anwar dan pembangkang wajib ditolak,"
ujarnya.
No comments:
Post a Comment