Jumlah Pengunjung
Friday, 30 November 2012
KEJAYAAN RED WARIOR ATAS USAHA UMNO KELANTAN!!!
Perwakilan Umno Kelantan berkata, parti itu adalah faktor utama kejayaan The Red Warriors memperoleh tiga gelaran musim ini termasuk Piala Malaysia bulan lalu.
Datuk Md Alwi Che Ahmad, yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri berkata, Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas hanya menempa nama di sebalik kejayaan Red Warriors sedangkan Umno bertungkus-lumus dalam memastikan kejuaraan tersebut berjaya dicapai.
Menurutnya, pasukan bola itu mampu menjadi kuat kerana hasil usaha Umno mencari bakat-bakat baru dan lama untuk membarisi senarai utama pemain Red Warriors.
"Red Warriors adalah menifestasi Umno Kelantan, Pas satu sen pun tidak pernah menolong Red Warriors. Sedangkan Umno bantu dengan menyumbangkang RM1.2 juta. Ini baru RM1 juta, cuba kalau RM3 juta," kata beliau ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, hari ini.
Timbalan Ketua Bahagian Ketereh berkata, pemilihan pemain yang berbakat ini adalah strategi penting yang perlu diadaptasi dalam pemilihan calon boleh menang untuk bertanding atas tiket Umno.
"Kita pilih pemain terbaik dari Kelantan, pemain terbaik yang boleh 'score' gol... inilah 'winnable candidate' yang Datuk Seri Najib Tun Razak maksudkan.
"Tua atau muda tidak penting, janji mampu beri aksi terbaik untuk masa itu, inilah analogi yang cukup mudah buat kita faham tentang calon boleh menang," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment