Jumlah Pengunjung

Wednesday, 28 November 2012

INI DOA UMNO UNTUK AHLI PAS !!!



Perhimpunan Umno malam ini mendoakan supaya orang Islam di negara ini tidak menjahanamkan sesama sendiri, dan memohon supaya mereka yang tersasar, kembali ke jalan yang diredhai.
Doa yang dibacakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, jelas menunjukkan niat Umno jauh berbeza dengan Pas baru-baru ini yang mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri melafazkan doa itu pada penghujung ucapan beliau bagi merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di sini.


Doa Muhyiddin:
"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami, Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri, Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai.
"Ya Allah, Bimbinglah kami di jalan yang lurus, Redhakanlah jalan perjuangan kami, Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah".
Muhyiddin juga mendoakan supaya orang Islam sentiasa mentaati perintah Allah serta memohon supaya disatukan hati mereka ke jalan yang diredhai.
Pada 16 November lepas, PAS melafazkan doa yang dipimpin Nik Razi Nik Mat, adik Mursyidul Am Pas Nik Aziz, yang memohon kehancuran Umno dan BN, pada perhimpunan parti itu di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.
Antara kandungan doa itu ialah meminta Umno dan BN dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati dan dipermudahkan pembangkang.

No comments:

Post a comment

Member BSK