Jumlah Pengunjung

Tuesday 6 November 2012

300 PENDUDUK TUNTUT AIR BERSIH !!!



BACHOK 3 Nov. - Lebih 300 penduduk Kampung Kubang Telaga dan Kampung Permatang Pasir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat dekat sini, mengadakan demonstrasi aman menuntut kerajaan Pas Kelantan menyediakan segera kemudahan bekalan air bersih.
Mereka yang terdiri daripada petani dan berpendapatan RM500 ke bawah mendakwa terputus bekalan air bersih sejak 15 tahun lalu.
Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali berkata, sehingga kini penduduk di dua buah kampung berkenaan hanya bergantung kepada sumber air perigi dan tali air yang tidak dirawat.
Menurutnya, kualiti air yang digunakan adalah kotor dan boleh memudaratkan kesihatan penduduk memandangkan perigi dalam keadaan hampir kering serta berkeladak terutama ketika musim kemarau kerana dipenuhi lumpur.
"Ketika musim banjir pula perigi berkenaan akan dipenuhi pelbagai kotoran yang dibawa air bah kerana kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan pinggir sawah atau kawasan yang sering ditenggelami banjir," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kubang Telaga, dekat sini hari ini.
Azmi berkata, penduduk tanpa mengira fahaman politik yang berkumpul hari ini mengakui kelemahan serta kegagalan Pas dan meminta MTRK mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan dua unit penapis air 1Malaysia melibatkan kos RM200,000 dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata, kemudahan yang sama sebelum ini disediakan kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan krisis air bersih di Jajahan Tumpat dan Pasir Mas awal tahun ini.
Menurutnya, masalah itu tidak pernah dipedulikan pemimpin Pas malah mereka tidak pernah meninjau keperitan yang dihadapi penduduk sejak sekian lama.

No comments:

Post a Comment

Member BSK