Jumlah Pengunjung

Monday 5 November 2012

ANAK BEKAS POLITIK DI TETAK !!!



Anak bekas ahli politik yang parah ditetak sekumpulan empat lelaki berhampiran sebuah restoran mamak di Seksyen 6, Wangsa Maju di sini, semalam, dilaporkan stabil.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa, Wan Mohd. Faizal, 25, iaitu anak kepada usahawan kereta dan juga bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Wan Mohd. Najib Wan Mohamad sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagia badan.
“Dia dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan akibat ditetak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Semalam kira-kira 20 pengunjung restoran mamak yang sedang bersarapan gempar selepas melihat Mohd. Faizal ditetak empat lelaki bersenjatakan parang, kira-kira pukul 10.40 pagi.

KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment

Member BSK