Jumlah Pengunjung

Friday 2 November 2012

KERAJAAN PULAU PINANG LUDAH HAK RAKYAT NEGERI !!!

Waktu rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tenang hari ini bertukar kecoh apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Muka Buku Pulau Pinang hadir menyerahkan memorandum.
Kumpulan kecil itu yang tiba sekitar pukul 1 petang berhimpun di pintu masuk dan meminta Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man menemui mereka dan menerima memorandum untuk membentangkan usul pelaksanaan hukum hudud dalam persidangan.
Walau bagaimanapun, Mohd. Salleh enggan keluar dan hanya menghantar wakilnya menyebabkan kumpulan yang diketuai Salleh Ismail itu tidak berpuas hati.
Keadaan juga mula kecoh apabila beliau menggunakan pembesar suara mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu keluar.
"Kami tidak mahu menyerahkan memorandum ini kepada pembantu peribadi beliau kerana sebelum ini sudah banyak kali ditipu ADUN Batu Maung, Datuk Abdul Malik Kassim yang hanya menghantar wakilnya.




No comments:

Post a Comment

Member BSK