Jumlah Pengunjung

Tuesday 6 November 2012

MELAYU PERLU BERSATU !!!

Orang Melayu di negara ini perlu bersatu padu memberi sokongan penuh kepada perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum kelak.
Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Salleh Ismail, berkata sokongan itu perlu memandangkan UMNO merupakan sebuah parti yang telah berjaya menjaga kekuatan Melayu selama ini dan ia juga selari dengan perjuangan Perkasa.
Menurutnya, negara kini sedang menghadapi ancaman besar disebabkan pergolakan politik yang telah dicetuskan pihak pembangkang sehingga menyebabkan orang Melayu semakin berpecah.
Kata beliau, sekiranya orang Melayu masih belum bersatu dan memberi sokongan kepada UMNO, tidak mustahil nanti tiga keistimewaan yang diperjuangkan selama ini seperti hak orang Melayu, agama Islam dan kedaulatan raja akan diperkotak-katikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu.
"Orang Melayu kira-kira 60 peratus di negara ini perlu bersatu memberi sokongan kepada parti yang menjaga kekuatan orang Melayu bagi mencapai majoriti dua pertiga pada pilihan raya (umum) kelak.
"Dengan kekuatan majoriti tersebut, kedudukan orang Melayu akan lebih terjamin," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Perkasa Peringkat Negeri Kelantan di sini semalam.
Turut hadir Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Mohd. Fauzi Mohamad.
Kira-kira 1,000 ahli dari seluruh negeri itu menghadiri mesyuarat tersebut yang diadakan di dewan Perkumpulan Perempuan Kelantan (PPK).
Mohd. Fauzi dalam ucapannya, menyifatkan Pas sebuah parti yang telah memecahbelahkan perpaduan terutamanya di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Member BSK