Jumlah Pengunjung

Saturday 3 November 2012

PAS BERANI KATA APA DENGAN BUKTI NI !!! WAJIB BACA...

 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelas seorang yang pengecut apabila tidak berani menyanggah hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berkuasa.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Abdul Hadi hanya berani berhadapan dengan UMNO dan sesama orang Melayu tetapi bukan dengan DAP dalam mempertahankan pendirian Pas.

"Sikap penakut Abdul Hadi ini amat memalukan dan tidak ada maruah," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang enggan menyanggah hasrat Karpal itu selain menganggap ia hanya pandangan peribadi pemimpin DAP itu.

Ibrahim berkata, sikap Abdul Hadi itu jelas hanya untuk mencapai kepentingan politiknya kerana sudah terbukti sebelum ini, pemimpin Pas itu sanggup dipergunakan oleh DAP ekoran pendirian tidak tetap beliau dalam isu lain.

Katanya, ia termasuk pendirian Abdul Hadi yang sering berubah-ubah apabila Karpal bersuara mengenai ketegasan DAP bermati-matian menolak cadangan Pas iaitu mahu mewujudkan negara Islam sebelum ini. Beliau berkata, pendirian tidak tetap Abdul Hadi itu wajar dipersoalkan oleh ahli Pas dan orang Melayu.

"Jika beliau sendiri boleh duduk bersama orang yang mempertikaikan cadangan mewujudkan negara Islam, malah mahu bukan Melayu sendiri jadi Perdana Menteri, bagaimana orang Melayu dan umat Islam di negara ini boleh percaya kepada Abdul Hadi? "Kalau Islam dan hak Melayu pun dia tidak boleh bela, adakah wajar kita percaya kepadanya lagi?" katanya

PAS hanya mengikut sahaja apa yang DAP putuskan untuk Pakatan Rakyat!! Kini DAP menjadi ketua PR, PAS dan PKR hanya menjadi Pak turut untuk melunaskan cita-cita DAP untuk menjadi Perdana Menteri pertama daripada bukan Melayu dan Islam. PAS kini telah ditewaskan oleh DAP sendiri sebelum menjelang PRU-13 lagi. Mengapa Nik Ajis nak muzakarah dengan UMNO jika benar-benar PAS kuat dalam PR, hakikatnya PAS mengetahui bahawa PAS akan tewas besar pada PRU-13 kali ini oleh kerana itu, PAS ingin muzakarah dengan UMNO untuk menyelamatkan KUASA PAS di Malaysia ini!!

No comments:

Post a Comment

Member BSK