Jumlah Pengunjung

Tuesday, 6 November 2012

PAS CUBA ALIH ISU UNTUK PILIHANRAYA !!!



UMNO Kelantan menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sengaja mengalihkan perhatian daripada pelbagai isu yang timbul apabila secara tiba-tiba membangkitkan isu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu bertanding di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan tersebut hanya gimik politik dan bukan satu perkara yang serius dibincangkan dalam parti berkenaan.
Beliau berkata, ini jelas kerana semua mengetahui Pekan adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak dahulu sehingga sekarang.
"Masa dekat dengan pilihan raya ini macam-macam benda timbul untuk mengalihkan perhatian dan kita tahu ini bukan benda yang serius.
"Ini hanya gimik untuk menambah modal politik di kedai kopi kerana rakyat sudah tahu Pekan adalah kubu kuat BN," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Hari Diabetes Sedunia peringkat Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Nik Aziz yang merestui sekiranya Abdul Hadi mahu bertanding di Parlimen Pekan, Pahang yang kini disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Besar Kelantan itu tidak terkejut dengan pengumuman Abdul Hadi yang ingin berhijrah ke Pahang walaupun tidak dapat memberi jaminan sepenuhnya sama ada kemenangan memihak kepada parti mahupun pihak lawan.

No comments:

Post a Comment

Member BSK