Jumlah Pengunjung

Wednesday 7 November 2012

PAS TAK BERANI TEGUR NURUL IZZAH !!!



Para ulama Pas dicabar menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu bebas memilih agama mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, sebagai rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, Pas yang didakwa sebuah parti Islam perlu membuat teguran itu agar masyarakat tidak terkeliru seolah-olah mereka mengizinkan fahaman pluralisme diamalkan di negara ini.
''Hukum ini berkaitan akidah iaitu demi mempertahankan agama, mereka yang arif berhubung hukum Islam mesti bersuara apabila ada orang cuba membebaskan keterikatan agama yang dipegang oleh orang Melayu.
''Dalam isu ini, lebih baik sekiranya dia (Nurul Izzah) jahil atau tidak faham potongan ayat tersebut, jangan bercakap atau rujuk kepada mereka yang lebih autoriti. Dia boleh memanfaatkan Dewan Ulama Pas untuk mendapatkan pandangan, jangan kita hanya bercakap sesuka hati,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Member BSK