Jumlah Pengunjung

Tuesday, 6 November 2012

PEMBANGKANG MAIN JUDI UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA !!!

Timbalan Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak memperjudikan nasib mereka dengan memilih parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti untuk mentadbir kerana kesannya amat buruk dan negara akan hancur.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mandat yang diberi tidak boleh dipersia-siakan dan rakyat terutamanya para pengundi harus sedar bahaya tersebut kerana jika tersalah pilih, masa depan negara akan musnah.
"Soal masa depan negara tidak boleh diperjudikan, jangan nak cuba-cuba pilih pembangkang kononnya untuk lebih baik sedikit, masa depan kita sudah jelas terbukti berdasarkan apa yang telah kita perjuangkan untuk mereka sejak merdeka lagi.
"Barisan Nasional (BN) sudah berpengalaman, pembangkang baru dua, tiga tahun memerintah sudah cacamarba. Nak kata adil, tak berlaku adil, kata lebih baik tapi tak juga," katanya ketika berucap dalam majlis bersama jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Pilihan Raya Umum Parlimen Pagoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat dan ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.
Muhyiddin berkata, pengundi tidak seharusnya mencuba nasib dengan memilih pembangkang kerana memilih pemerintah tidak semudah bermain nombor ekor yang sama sekali berbeza dan tidak boleh dicuba-cuba sama sekali.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, pada masa ini pembangkang sentiasa mengatakan mereka lebih telus dan boleh melakukan lebih baik daripada BN namun semua itu sekadar retorik dan kenyataan kosong.
"Apa yang mereka buat lebih baik daripada kita, sudah 55 tahun kita perjuangkan rakyat di negara ini. Kenapa pentingnya kita pertahankan kuasa, kuasa ini bukan sekadar kuasa tetapi kuasa untuk kebaikan, kebahagiaan, jamin kehidupan, pertahankan hak kita.
"Seperti juga dalam Perlembagaan Persekutuan, kita pertahankan syiar, pertingkat, perkukuhkan Islam tetapi bukan mengancam agama lain. Itulah kebijaksanaan BN pertahan hak semua orang dan dalam masa sama menghormati Perlembagaan," katanya.
Muhyiddin berkata, menjelang pilihan raya umum akan datang, 'kilang-kilang fitnah' sudah mula bekerja 24 jam untuk menabur fitnah terhadap kerajaan dan memutarbelitkan fakta sehingga boleh mengelirukan rakyat.
"Macam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia kata negara kita macam nak hancur, semua tak betul, bagi pada kroni, rasuah berleluasa. Fakta diputarbelitkan dan kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim paling banyak difitnah oleh BN.
"Siapa nak fitnah dia? Kerana dia Menteri Besar Selangor? Bila dia dilantik dia janji macam-macam, apabila dipersoalkan apa dibuat, dia tak boleh jawab," ujarnya.
Menurutnya, pilihan raya umum akan datang amat penting kerana bakal menentukan masa depan BN untuk kekal berkuasa sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri seterusnya meneruskan agenda pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment

Member BSK