Jumlah Pengunjung

Wednesday 7 November 2012

Ahmad Fuad yakin raih kemenangan podium di Litar Sepang

Pelumba berpengalaman, Ahmad Fuad Baharudin yakin menakluki pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia di Litar Sepang pada 10 dan 11 Nov ini.
  
Ahmad Fuad yang melaungkan keyakinan itu dalam usaha meraih gelaran ketiganya pada perlumbaan tersebut, kini berada pada tangga kedua keseluruhan bagi kategori CP130, ketinggalan 14 mata daripada pendahulu keseluruhan, Azlan Shah Kamaruzaman daripada Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing.
  
"Saya tidak tertekan walaupun saingan CP130 semakin menuju ke kemuncaknya. Sebaliknya situasi Azlan sebagai pendahulu yang saya rasa lebih tertekan.
  
"Saya akan gunakan kelemahan ini bagi memaksa dia (Azlan) melakukan lebih banyak kesilapan apabila bersaing di litar paling panjang dalam kalendar Cub Prix tahun ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Setakat lapan pusingan, kedua-dua pelumba berkenaan telah meraih satu gelaran juara yang mana Azlan Shah berjaya meraih lima podium keseluruhan berbanding hanya empat kali bagi Ahmad Fuad.

Ahmad Fuad berkata bagi memastikan kesemua misinya tercapai, beliau turut menyasarkan pasukannya dapat merangkul Anugerah Berpasukan Keseluruhan bagi saingan musim ini.
  
"Sebagai pasukan baru dan tanpa mana-mana sokongan kilang pengeluar...dapat menjadi pasukan terbaik mungkin sesuatu yang agak menakjubkan.
  
"Kami hanya ketinggalan satu mata kepada pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 2. Jika bukan kerana masalah teknikal jentera rakan sepasukan saya, Ahmad Fazrul Sham di Melaka, kami sudah memimpin carta ketika ini," katanya.


No comments:

Post a Comment

Member BSK