Jumlah Pengunjung

Wednesday 7 November 2012

Polis tahan semula suspek hina Sultan Johor

Polis Johor menahan semula seorang lelaki yang dipercayai terlibat menyiarkan kenyataan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook 12 Okt lalu.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan semula bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Sebelum ini, suspek ditahan pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan.
"Perintah tahanan reman itu berakhir semalam dan kita menahan semula suspek untuk membantu satu lagi kes di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 setelah gagal mendapatkan perintah lanjutan reman," katanya dalam sidang media
di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini hari ini.
Sebelum ini, polis menahan suspek Jumaat lalu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kerana dipercayai terlibat menyiarkan kenyataan menghina Sultan Johor.
Mohd Mokhtar berkata, polis turut menyiasat penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap polis berhubung penahanan suspek yang disiarkan oleh laman portal Malaysian Insider.
Beliau berkata, polis akan memanggil semua nama yang disebut dalam artikel itu serta penulis dan editor lama portal itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, katanya.

No comments:

Post a Comment

Member BSK