Jumlah Pengunjung

Tuesday 6 November 2012

ALLAH TAALA BUKTIKAN SIAPA PEMBANGKANG MELALUI KENYATAAN NURUL IZZAH ANWAR !!!



Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa rakyat termasuk orang Melayu tidak harus dipaksa mengamalkan agama tertentu adalah bukti Islam digadai secara terang-terangan.
Malah Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yakin, kenyataan itu juga sebahagian daripada hasrat pakatan pembangkang sekiranya mereka berjaya memerintah negara kelak.
"Kita tidak perlu terkejut jika pakatan pembangkang memerintah, kebebasan beragama ini berlaku dan kedudukan Islam dan Melayu sudah tidak dipelihara.
"Saya mencabar Nurul Izzah, bagi menterjemahkan hasratnya yang mahu Melayu bebas memilih agama agar mengisytiharkan anaknya tidak akan diajar dan dididik secara Islam sehingga berusia 21 tahun, biar anaknya menentukan agama mana yang hendak dianuti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Member BSK