Jumlah Pengunjung

Wednesday 7 November 2012

NIK AZIZ MEMANG NAK HADI AWANG KALAH DALAM PRU 13 NI !!!



Umno menyifatkan pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia untuk bertanding di Pekan, Pahang jika diarahkan Majlis Syura adalah satu kekalahan parti itu.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesediaan itu dianggap seperti 'menggali lubang sendiri' dan hanya menunggu masa untuk jatuh.

Katanya, kenyataan Abdul Hadi juga memperlihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Abdul Aziz Nik Mat suka melihat Pas kalah, lebih-lebih lagi Presiden parti itu sendiri.

"Inilah yang dikatakan memakan diri jika terus berhajat bertanding di tempat lawan. Bagi saya, Nik Aziz seakan suka melihat Pas kalah.

"Walaupun ini hanya gimik politik mereka, tetapi BN tidak gentar kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin yang disegani," katanya selepas melancarkan Persidangan Global Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) di sini, semalam.

Katanya, kemenangan Najib nanti bukan berasaskan pada tempat sahaja, malah mampu menang biarpun di mana sahaja bertanding.

"Beliau (Najib) seorang pemimpin disegani. Jika Abdul Hadi mahu berlawan dengan beliau, dialu-alukan. Lagi pula, sokongan rakyat yang semakin bertambah dan keyakinan rakyat, menguatkan lagi kemenangan di sana," katanya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

No comments:

Post a Comment

Member BSK